Pages

Saturday, September 1

Mornight post, haha

Assalamualaikum dan hai semua.

Sekarang dah pukul 3.24pagi. Hehe. Tadi amni dah tidur dan dalam pukul 3 td amni terjaga. Kononnya nak terus update blog. Tapi tetiba masuk twitter. Tgk sumorang dah tido. So amni penuhkan TL dengan nama amnibunny tuu. Haha. Kepada follower saya, maafkan saya sbb penuhkan TL anda ye. Haha.

Btw nak cerita kisah hari ni...

Hari ni sabtu. Macam yang dirancang-rancangkan amni dengan syasya nak g library sekali dengan paah. Tapi paah last minute cancel sbb nak tolong opah su dia masak untuk open house. Tktahu la macam mane, amni dgn syasya pun macam nak cancel sbb time tuu takde transport. Waktu tuu dah serba salah gila. Mana tknya. Banyak kali amni buat syasya macam ni. Lgpun amni mmg nak sgt g library. Dah lama tak g library. Hihi. Serba salah kot time tuu.  Akhirnya mama call. Mama kata siap cepat nanti ayah hantar. Yippie suka sangat! Hihi. Bila ayah dah ambil tuu,  mama pun ade. Ohh haha nak keluar la tuu. Amni pun call syasya tanya dia kat mana. Rupanya dia g makan kenduri. Si kena tunggu la sekejap. Hihi. Nana pulak mula mula nak ikut. Tapi dia kena g kenduri. Hahah!

Kitorang sampai library je,  wuuu rajinn. Haha. Sejam lepas tuu, haha hancussss. Haha syasya dengar lagu kuat kuat ohh. Sampaikan amni yang tengah dengar lagu ni pun boleh dengar lagu apa yang dia pasang. Haha kuat gila. Pehtuu bila dia sembang dengan amni, dia tak decrease kan lansung volume dia. Sembang kuat gila sampai sumorang tgk amni. Bukan tengok dia. Hahaha lawak gila. Pehtuu amni rasa lapar. Mana taknya. Amni tak makan pape lagi. Syasya dah makan kenduri haha. Then ajak syasya g beli makanan. Bila turun je, tengok kantin dia tutup grr -.-' haha amni pun ajak syasya g mahkamah syariah punya kantin. Err rupanya tutup jugak! Haha hampeh betul. Haha. Then syasya riso amni gastrik, dia pun ajak amni cari makanan. Haha bila pikir balik, lawak gila. Berani betul kitorang lintas jalanraya besar tu dengan pakai baju kurungnya. Haha. G beli maggie makan maggie. Sadess je.bunyi. Haha. Sebelum tuu ingat nak mcd. Pehtu syasya suruh amni msg conan tanya kat area sini mane ada mcd. Hihi kitorang bukan tau sangat jalan kat sini. Tapi amni malu nak tanya. Haha so tuu yang dapat maggie je. Haha. Kitorang makan maggie kat padang ipoh. Sambil sembang dan berangan angan. Hihi bestttt haha.

Habis je makan, kitorang g library.balik. Dalam perjalanan tuu tetibe syasya cakap kat amni "weh, kimi la!" haha amni pun tgk. Erk mane ade. Pehtu syasya iye kan jugak. Katanya dia kenal sangat gaya dia bawa moto. Haha actually amni nampak ada dua orang pakai baju hitam naik motor merah. Sorang pakai helmet putih and sorang lagi pakai helmet hitam. Haha. Tapi tak nampak gaya sesape pun. Nampak macam mat rempit pun ada. Bawa motor gilo laju -.- haha. Syasya suruh la amni tanya. Erk bila dah jawab, eee betul la tu dia! Haha

Tahu tak ape amni rasa? Haha gerammmmm! Haha menyesal gila tak tanya memula td dia kat mana. Padahal syasya dah suruh. Haha. Dan... Guess what? Dia tanya, nape tak gtau nak mcd? Dia boleh belikan memandangkan dia dgn mcd bagai isi dgn kulit. Haha. Err tak dgr tak dgr. Wekkkk! Tau tak menyesal TT.TT haha gendut la.

Lepas dah g library balik, kitorang sambung buat hw. Syasya sambil tu msg sepupu dia. And me, buat kerja kursus akaun tu. Hehe sambil tu online la. Haha. Tp takde online sgt pun. Haha. Dalam pukul 5.30 kitorang balik. Syasya balik dgn ayah dia. Hewhew amni pun ayah yang ambil. Lepas balik library, amni terus g kdai bru tolong mama kemas. Pukul 9 bru balik. Mandi2 and keluar balik utk makan. Balik dr makan malam, tgk drama jap. Haha dan tidurrr! Sume penat. Haha. Twitter pula sunyi je. Selalunya ada kimah. Tapi malam ni dia penat la tu catering pagi td. Umi pula taktau la dia busy ape hari ni. Haha kawan-kawan amni punya jadual mmg full mcm retis. So, pape hal sila buat appt dulu tau! Hahaha.

Ehh kejap je masa berjalan. Dah pukul 4.14 pg. Hehe. Nak tidur balik la. Good mornight. Haha.

P/s: "saya betul betul terasa dengan ape yang dah jadi tau tak? Sekarang ni awak nampak tak perbezaan saya dan budak tu di mata dia. Awak tahu tak, berapa tahun saya pendam perasaan ni. Walau banyak kali mcm mana pun saya memberontak, awak tetap tak faham ape yang saya rasakan? Hm awak tahu tak apa yang saya teringin sangat dr dulu? Saya teringin sangat sumorang rasa beban apa yang saya tanggung. Seminit pun jadilah. Awak tau tak, saya tak dapat bayangkan apa perasaan saya bila dapat lepaskan beban yang sarat dikepala ni. Ya Allah, leganya jika hambamu ini dapat merasakan hilang beban yang dah terkubur ini :') Hm. Tolongla, saya merayu. Jangan tambahkan beban lagi. Saya tak sanggup nak tersenyum semata-mata nak menutup perasaan yang saya lalui ni :'( mungkin orang nampak saya happy, selalu sembang, selalu gelak. Tapi, disebalik gelak tawa tu tersimpan berjuta keperitan dan air mata terpendam. Andai awak dapat memahami :'/ "


thanks reading , byeee

No comments:

Post a Comment