Pages

Friday, August 31

Midnight post

Hai ;)
Sejak dua menjak ni amni selalu tidur lewat. Hm, hati ni tak tenteram lansung :/ amni pun tak tau nape. Sekarang dah pukul 2.26 dan semua orang dah tidur. Hmm esok nak g library. Paah tak jadi g rasanya. So amni g ngan syasya. Nana tak sempat jawab nak g ke tak. Dah tido kot.
Ceyyy untungla kan kan kan! Ergghhh benci laa benci. Hmm jangan la buat amni menangis lagi :'( amni tak sukaaaaa. Korang ni jahat la. Nape buat dia macam tuuu?
Sekarang, amni dah tawar hati dengan semua. Hmm amni akan tebus balik salah amni kat korang. Terutamanya Conan. Bagi la amni peluang untuk pulihkan balik hubungan tuu. Amni tahu amni salah :'( dulu amni tak tahu apa apa dan tak pernah terdetik sikit pun nak menyakiti sesiapa.
Sayu nya hari ni, walaupun hari ni agak muram, tapi ada satu perkara yang membuatkan ku tersenyum semula. How exciting ;) ada satu perkara yang conan perlu tahu. Tapi sekarang bukan masanya :/
2.41 pagi. Hm esok g library dengan syasya mesti ngantukkkk :( syasya pun tak tido lg. Dia sedih memikir kan chicken little dia tuu.hihi nana pula tido dah agaknya ;)

//amni manusia biasa yang sering melakukan kesalahan. I'm not perfect :')


thanks reading , byeee

Thursday, August 30

Detik-detik indah tak selalu bersama kita :'(

Hai :')
Kadang-kadang terasa diri ni teruk sangat. Hmm entah la. Amni ni banyak buat salah kat semua orang. Ye, amni memang tak pernah fikir perasaan orang lain. Amni tak pernah nak jaga perasaan orang sekeliling amni. Korang semua, amni minta maaf :(
Bila amni fikir masalah, mesti amni rasa macam nak pindah, nak lari jauh-jauh dari semua orang kat sini. Bukan benci. Amni sayang sangat dekat korang semua. Lagipun hidup amni ni bukannya lama sangat dah :') Kenangan kat.sini amni takkan lupa kan. Terutamanya insan insan yang banyak mengajar amni erti persahabatan, kekeluargaan dan kehidupan. Love you all so much :')
Amni bersyukur sangat tau dapat sahabat macam ni. Memahami, mengambil berat dan mungkin menyayangi. Hmm korang banyak ambil berat pasal amni terutamanya bab kesihatan. Semua caring sangat. Kalau cakap pergi hosp, semua cuak. Lepas tuu start bebel dan terus ambil berat pasal pemakanan amni pula. Hmm baiknya sahabat saya :'D
Bila amni terdiam sekejap, ada yang akan tanya sama ada amni okay ke tak. Bila amni jalan sorang, ada yang risau. Kadang-kadang sampai paksa naik motor nak hantar sampai balik rumah padahal dah sampai kat simpang rumah dah punn. Bila amni badmood and marah, ada yang akan menenangkan. Bila amni takut, ada yang akan backup. Bila amni merajuk dan menangis, ada yang datang untuk memujuk. Bila amni tak tahu ada yang akan mengajar. Bila amni bosan, ada yang datang menghiburkan hati. Bila amni rasa tak yakin, ada yang datang beri semangat untuk yakinkan amni. Ya Allah, suci nya hati sahabat2 saya.

Amni harap, bila amni dah takde dekat dunia ni dan pergi untuk selama-lamanya, ada yang akan sedekahkan al-fatihah untuk amni. Jenguk la amni dekat 'tempat tinggal' baru amni. Dan... kalau sudi, cerita lah kat amni perkembangan korang semua. InsyaAllah amni dengar :')


thanks reading , byeee

Wednesday, August 29

Me miss you so muchhhh :'(


@instagram
Haiii, kite kat kelas akaun niii >.< hewhew, curi-curi online. Semua orang sibuk ber-tweeting tapi amni dah rasa bosan. So, amni ingat nak ber-blogging pulak. Hihi. Guess whattt? Hari ni amni cuba memberanikan diri untuk post cerita pasal dia. Sebelum ni, amni teringin nak post pasal dia. Tapi, hmmm amni risau kantoi je. Hihi :3 Weyyyy, amni nak cakap niiii. Tolong la dengar :( Amni rindu gila kat dia. Act, dah lama amni suka dia. Tapi, amni tak pernah gtau sesape and takde sape pun tahu pasal dia.
Wuaaa, sedihnya TT.TT Amni rindu kat dieee. Wuu wuu, kenapa lah dia tak tahu yang amni suka kat dia? Kenapa???? Haha. Amni amni, gila ke apa? Bertepuk sebelah tangan je laaaaa. Dia bukan perasan kehadiran kau pun -.- kehidupan dia sangat baik sekarang. Walaweyyy, jeles betul aku tengok dia. Ramai orang minat dia. Untung la, hott. Kite ni ape pun takde, mmg la kamu tak nampak kite kannn?
Ishhh, amni ni dah angaukan dia ke? Sebelum ni tak berani pun cakap pasal dia. Sekarang, berani pula. Ni, kalau nana alia maiyy kimah baca ni, naye je -.-' jangan bace weyyyy. malu i. hihi.Sekarang ni, bila dah cerita kat sini, rasa lega pulokk. Hehe, takpe laaaaa. Amni rahsiakan je la pasal identiti kamu drpd semua orang. lol, kalau bgtahu pun, bukan ada effect punnnn xP

//kite suka kamu laaaaaaaa :( hmmmm gendut laaaa kamu ni >.< nak tau something takkk? Kite selalu usha kamu senyap2 tanpa pengetahuan sape2. Kawan kite pun tak sedar yang kite usha kamu xP
thanks reading , byeee

Tuesday, August 28

Maafkan saya

Hai. Hmm hari ni rasa tak sedap hati betul. Bukan ape, betul cakap nana "diorang penat-penat kat sana. Agaknya apa reaksi diorang kalau tahu kita jadi macam ni?" seriously, sentap gilee. Bukan sentap ngan nana. Maksud amni, hmm, kitorang tak patut buat macam tuu. Betul, sampai malam nii haaaa, amni pun tertanya-tanya. Agaknya apa reaksi korang kalau tau pasal ni? Maafkan kitorang, bukan niat nak berbuat jahat. Tapi sebenarnya benda tuu tak disengajakan. Kalau korang tahu sekalipun pasal ni, amni rasa mesti korang marah dan kecewa. Maafkan kami :'( Kitorang tahu tak patut lansung buat macam tadi tuuuu :/
thanks reading , byeee

Monday, August 27

Tak baik bermasam muka kan?

Hai, semua. 
Tak sangka benda macam ni boleh jadi. Kadang-kadang benda yang kita sangka tak akan terjadi, benda tuu yang akan terjadi. Adakalanya sedih, adakalanya gembira. Tapi, cerita ni agak sadesssss. 
Persahabatan tuu indahkan? :') Mempunyai kenangan bersama kawan-kawan merupakan satu perkara yang sangat seronok. Tak kisah lah kenangan ape pun. Teringat pulak kat batch 3RK'11 :') 


Mula-mula kenal, dalam kelas buat puak masing-masing. Kelas 1RK'09 time tuu ada tiga row meja. Row pertama, budak-budak sekolah jelapang. Row kedua, budak-budak sekolah jelapang campur dengan budak-budak sekolah jati. Row tiga, budak-budak sekolah jati. Woooo~ Haha, kitorang semua bermusuh time tuu >.< nama je satu kelas, tapi kitorang pernah bergaduh tauuuuu. Sekolah Jati vs Sekolah Jelapang. Hehe, dah lah lelaki 8 orang je kalau tak silap time tuu. Haha sikit gilaaaa.
Apa yang merapatkan kami, kalau tak silap ada satu hari tuu, dua-dua puak ni tengok artis kpop punya gambar. Then, mengaku lah artis ni deme punya lah ape lah, haha. Mula-mula tuu macam berebutlah jugak. Then, lama-lama tuu macam mane entah, boleh share2 pulak. Haha, time form one tuu je lah yang amni ingat. Start form two, kitorang dah mula rapatt. Tapi tak semua la. Bayangkan.. Waktu form two, baru amni kenal syasya dengan nana. haha waktu form one amni tak sedar pun kehadiran diorang dekat 1RK'09 hehehe, so sorry :3 hah, hujung tahun form two, waktu tuu cuti akhir tahun, semua menangis sebab tak nak cuti. Nanti rindu kawan. Sangat sedihh, dan waktu tuu baru lah kitorang sedar yang persahabatan kitorang dah makin erat, and we love each other. *kelas kitorang ada 8 orang je pelajar lelaki. How sweet ~ hihi. 
Naik je form three, kitorang sangat menyayangi antara satu sama lain. Tolong-menolong, mendengar masalah. Andd yesssss, kitorang tak pernah rahsiakan apa-apa antara satu sama lain. Tak kisah lah rahsia apa sekalipun, amni minat kat orang itu ke, orang ini ke, satu kelas tahu rahsia tuu. Hihi, walaupun diorang selalu menyakat kat dalam kelas, tapi diorang tak pernah bocor rahsia. Whehehe~ Omeyynya mereka  waktu yang agak terharu bila dah nak dekat pmr. wooo, time tuu belajar sama-sama. apa yang amni tak faham, kalau boleh satu kelas tuu nak ajarkan amni. terharu sangat sangat sangat :') 
Persahabatan tak selalunya indah. Selama tiga tahun kitorang berkawan, ada juga rasa tak puas hati sesama sendiri, marah, gaduh. Kadang2 berlarutan sampai berbulan-bulan. Tapiiii, apa yang tak puas hati, kitorng akan cakap depan2. Takde lah semua terpendam jee. Paling penting, pasti ada yang akan bertoleransi. Persahabatan pun macam percintaan juga, ada banyak adegan. Menangis suka duka gelak dan tawa. Miss that moment. Now, eventhough kami dah berpecah, maksud amni yang pergi asrama ape semua tuu, tapi, kitorang still contact each other. Bila cuti, keluar sesama. Amni sayang sangat persahabatan ni :')
//Jangan lah gaduh, amni tahu, semua orang sayangkan persahabatan yang telah dijalinkan, right? So, amni harap korang akan berbaik semula. Tak best lah tengok korang bermasam muka :(


P/s: GOODLUCK UNTUK SENIOR-SENIOR YANG NAK AMIK TRIAL SPM ESOK. BEST OF LUCK! SEMOGA MENCAPAI APA YANG DIINGINKAN. AMIN... *goodluck, conan ;) wink wink* hehe



thanks reading , byeee

Rumah terbuka nana. Weee~

Hehe semalam excited sangat dapat tido rumah maktih sampai terlupa nak cerita pasal kat rumah nana. Nana ada jemput kitorang datang rumah dia untuk beraya. How exciting! Haha.
Best gilaa happening sangat. Batch 3RK'11 dapat berkumpul beraya dan bergambar bersama. Hihi seronok. And... Guess what? Geng conan tuu pun ada. Dannnn amni merupakan bahan untuk disakat pada hari tersebut. Tambah tambah lagi bila ada conan tuu, ama dengan iqa tersangat lah jahat g cakap macam macam. Haha. Yang paling lawak time deme suruh kitorang bergambo berdua. Lol. Haha. Im so sorry gambar takada yang elok sbb amni tak duduk diam. Haha salah korang jugakkkkk. Haha. Seriously tak sangka conan sangat sporting pada hari tersebut. Hihi. Paling teruk bila maiyy hulur bunga tuu kat amni. Haha time tuu.tak pikir ape pun. Terus baling bunga tuh dekat conan. Tetibe ada pulak mulut jahat cakap "ceyyyy" haha ape yang ceyyy nya pun tak tau lah. Then baru perasan. Macam lain macam je bila baling bunga tu :3 hehe.
Btw thanks a lot kat nana sebab dapat beraya rumah hang.
I'll miss that moment :')


me weee~


syasya, amni, iqa, ama


me and ama. miss her so much :')


me and maiyy. seriously, maiyy comel sangat hari tuu >.<


ayah dah datang nak balik, tapi patah balik kejap nak peluk iqa weeee~


rindu semuanya!

thanks reading , byeee

Saturday, August 25

Rumah maktih yang sangat awesomeee

Hihi kitorang tidur rumah maktih. Kitorang tuu maknanya amni dengan ony laaaa. Hihi. Malas nak post panjang panjang. Tapi best giloooo. Hehe


me, hihi :3

Fiqa


si comel, hamizan. ahhhh xcited gile dapat bergambo dgn dia ;D

me and danial. omeyyyyy

muka diorang serupa! comel gilooo.

auni n fiqa


Me and fiqa 

thanks reading , byeee

Thursday, August 23

Hanya kebetulan :')

Hai semua. Hari ni amni tak tau lah perasaan apa yang menghantui diri amni ni. Hmm, sedih pulak bila fikir balik kejadian tadi. Amni bukan apa, macam tak percaya pun ada. Terkejut gila macam mimpi je. Hihi.
Perjalanan dari pahang ke ipoh berjalan lancar. Highway pun kosong lagi. Al maklum lah orang masih beraya lagi kot. Hihi kali ni special nya balik ipoh ialahhh mak pun balik sekali ;) wink wink. Actually mak tuu panggilan untuk opah amni. Amni je panggil opah dngan panggilan mak. Ye lahhh cucu sulung katakann. Hihi amni dengan ony menjalankan aktiviti kitorang macam biasa setiap kali duduk dalam kereta lama lama. Haha tidurrrrr. Heheh siap ada bantal dengan teddy bear lagi. Haha.

So, amni dengan adik pun tidur laa. Tetiba mama gerakkan kitorang. Amni dgn ony ni lain macam sikit. Hihi kalau tengah sedap tidur, kalau digerakkan walaupun time tuu lapar gilaa, kitorang tetap memilih tidur daripada makan. Hehe. Payah gila nak kejutkan kitorang. Lama juga la mama pujuk. Lastnya kitorang terpaksa korbankan 'beauty sleep' kitorang tuu. Hahaha. Hah lupa nak cakap. Ayah berhenti dekat rnr tapah. Hehe tempat favourite i dgn adik i! Hehe situ besttt. Macam macam adooo. Haha. Sebelum turun dari kereta tuu mama ada tanya nak makan ape. Adik pulak laju je jwb KFC. haha kwajaq betu budak tuu. Demandddddd! Mama kata la, okay. Tetiba ayah kata ayah nak makan dekat Pak Tam tuu. Ayah mmg minat makan kat situ kalau kat perhentian lain pun, Pak Tam tuu tetap pilihan ayah. hehe, so, adik ikut je lah pilihan ayah walaupun mula-mula dia tarik muka dan sentapppp. haha, baru bangun tidur lah katakannnn.

Okayy cerita ni bermula dari sini. Tadi tuu pendahuluan je. Haha.

Waktu naik  je tangga kat Pak Tam dengan muka mengantuk tu, amni tak tahu kenapa and macam mana amni boleh terpandang kat satu kauntuer tuu. Then jalan balik macam biasa. Tiba-tiba... Ehhhhhhhhhhh O.O itu bukan ke ........ Ohh tidakkkkk, tak mungkinnnnnnn. Apa ni? Amni mimpi ke? Hmmmmm. Salah orang kot. Amni nampak ade sorang ni, muka macam familiar sangat >.< Ahhhhh, pedulikan. Asalkan dia tak nampak amni, itu dah cukup bagus kan? Tak lama lepas tu, usha balik kaunter tadi. Fuhhhhh, legaaa. Dah takde. Hehe, toleh kiri dan toleh kanan. Homaiiiiii, die betul-betul duduk meja sebelah kanan amni. grrr ==' amn pikir dia dah balik. Waktu tu, dia tak perasan amni lai an amni betul betul harap dia takkan nampak amni.Entah macam mana lah kan, maybe sebab amni terlampau tak duduk diam sebab nak cover dari dia, and taknak dia dengar mama ayah adik atau mak sekalipun panggil nama 'amni'.

Benda yang dah nak jadi, kita bukan boleh buat ape pun kan? Dia dah nampak amni, dan amni pun mmg kaku waktu tuu. Dia pun senyum, and amni pulak takkan nak jeling kan? Amni pun senyum la. Tetibe ada msg masuk "amni, kau ke kat depan aku ni?" Amni pun was-was nak jawab 'ye', so amni jawab lah "kau kat mana?" dan dia jawab "aku kat depan kau :')". Amni rasa macam orang gila pun ada. Helooooo, kitorang duduk meja sebelah je okayyyy. Bukan nun jauh disana! Tapi gaya msg macam lah jauh sgt kan? =.= haha. Hurmm, tak sangka pulak dia boleh buka mulut dan sembang dengan amni ;) 

B : Betul lah kau amni kan?
A : Yelahh, ni aku lah ni.
B : Macam tak percaya je aku dapat jumpa kau.
A : Haha, banyaklah kau. Aku ingatkan kau sape tadi.
B : Sampai hat tak kenal aku.
A : Aku kenal lah gendut. Haha, k la. Aku nak makan.
B : Amni, tak sangka kau ****** **** bila depan depan.
A : Haha merepak lah kau. weh, selamat hari raya.
B : Selamat hari raya. Aku rindu kau.
A : gendut lah kau, dah dah makan cepat. Hehe.
B : Yelah.

Okay, cukup sampai situ je. Amni maleh nak sambung dialog lepas makan. Hihi. Hmm, amni tak tahu apa perasaan amni waktu tuu sampai sekarang. Macam macam ada. bercampur baur. Ahhhh, lupakan je lah. Merepek je bila ingat balik. Btw, sebelum balik tuu, adik dapat juga kfc dia. Mama suruh bawa balik je. Hee, cantekkkkk. Haha. And waktu kitorang tengah makan dalam kereta tuu, ada pulak number tak dikenali dok misscall misscall. Bila tanya siapa, dia jawab nama dia. Dan orang tuu ialahhhhhhhhhhhhh. Kawan Conan tuu. Katanya amik number amni dr Conan.. Grrr, siap awak Conan! Haha


//Amni tak sangka semua ni boleh jadi :'/

thanks reading , byeee

Ipohhhhh! I'm coming! Haha.

Hai, warga ipoh! Si Bunny nak balik ipoh dahhhhh. Hihi, rindu kat ipoh. Tapi sayang nak tinggalkan kampung tempat kelahiran ni :') Waaa waaa TT.TT rindu kucing2 yang ada, arnab2, ayam2, ikan2, hehehe. Banyak betul haiwan peliharaan. Haha. Raya kat kampun dah habis :(
Selama Amni duduk kat kampung negeri sembilan, Amni banyak habiskan masa aku dengan syera, kak natrah, bang ngah, alang, dan aidil. adik pulak dengan geng2 duit raya. Tapi adik lebih lebih rapat dengan Irfan. Phewittt, hihi. Kat negeri sembilan tak banyak  pun gambar Amni dapat. Sebab adik yang memanjang bawa camera.
Dekat pahang pulak, Amni banyak habiskan masa main dengan kucing, arnab, tangkap gambo kucing, arnab and cousin. Hehe, Amni duduk kat pahang asyik bersin. Almaklum lah, Amni ni kan tak boleh dekat dengan binatang yang berbulu. Nanti mula lah bersin je ==' tapi untuk tahun ni, Amni rasa seronok. Untuk mengelakkan alah tuu, Amni kena lah cuci muka tiap kali rasa macam nak bersin. Hehe, kalau diikutkan average lebih kurang 3 min sekali kena cuci muka. hehe, sampai lenjun baju yang amni pakai tuu, asyik basuh muka je. LOL.  Seronok dapat tangkap gambo kucing dengan arnab. Kucing paling best. Sebab dia baru lahirkan 3 ekor anak. Comel gilaaa. Anak2 kucing tuu tak duduk diam. Asyik main je, pantang jumpa benda. Haha. Terharu bila tengok semangat adik beradik kucing2 tuu :3
btw, ni yang t=rasa macam nak marah ni. Eeee sape yang bagi numb Amni dekat tuu tuu? Haaaaa? Eeeee gendut. Marah ni marah ni, kalau amni jumpe korang, siap korang. Amni sekeh kepala korang sorang2. eeeee =='' haha
thanks reading , byeee

Sunday, August 19

Salam Aidilfitri 2012 ♥

Hai, semua! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin ye. Semoga lebaran kali ni dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada semua ;) Pagi ni, semua dah wish selamat hari raya. Ehh ehh jappp. Dalam diam, masih ada yang belum wish lahhhh, haha. Takpe lah, busy kot. :)
Hari ni, sumorang sibuk pergi beraya. Mengutip duit raya katakannn, hehe. Amni bosan, raya ni Amni taknak pergi mana-mana. Raya ni, Amni nak duduk depan tv je, tengok tv, sambil makan kuih raya dan gigit aissss. Baru best. LOL.
Hoh, bosannn. Btw, ini gambar di pagi raya ;)


Inilah najwa latep dgn ana rafali second version . hahaha xD


mama and ayah 

   
Happy family :D Hewhew :3 


Me, Ony, and Mama 


Dengan si gendut kesayangan. Tengok muka die tengah marah, ahaha.


Haha, tengokkkk, adik marah lagi. Shentapppppp kekeke :P




thanks reading , byeee

Saturday, August 18

Hometown ♥

Haiii ;) Hari ni, Amni dah sampai kampung. Hihi, akhirnya sempat juga sampai kampung di Pahang ni. Bukan apa, tahun ni kalau ikut turn raya, first raya dekat negeri sembilan. So, balik pahang before raya ni sebab teringin nak berbuka dengan mak. Hihi, Ramadhan ni mak tak datang ipoh pun :( Nasib baik sempat berbuka sekali.
Malam ni, bertolak balik negeri sembilan lepas berbuka. Hewhew, kejap je rasanya. Pagi sampai, malam dah bertolak ke negeri sembilan. Haihh, kalau first raya kat negeri sembilan, malam raya kena banyak bersabar. Orang kampung kat sana suka sangat bersaing main mercun sape paling kuat =='' grrr, bising taukkkkk? Hahaha
Esok raya. Macam tak percaya je. Cepat masa berlalu. Sebulan tuu rasa macam seminggu je. Lalala, apa yang Amni harapkan raya ni? Hahaha =='' Amni mengharapkan sesuatu yang tak mungkin terjadi. Alahaiiii, ape lah. Haha berangan je kau, Amni. =='' errr, dah nak berbuka. Kbyeee :'(

thanks reading , byeee

Friday, August 17

Balik kampung ^^V

Heyy! Kite dah balik kampung. Hewhew. Cadangnya balik malam khamis. Tapi disebabkan ada hal yang tak selesai lagi, kitorang balik malam jumaat. Jyeah, sempat juga nak berbuka dengan mak hari ni. Haha. Seronokkkkk. Hehe. Tadi keluar pergi temerloh. Cari baju melayu untuk Darwish dgn baju kurung untuk Lili. Pehtu, ternampak ada sepasang baju kebaya. Lawaa woo! Haha tapi kan.. Mama kata, "kamu dah ada 9 pasang baju tahun ni. Jangan ngade2 nak tambah lg. Nanti2 pulak kebaya tu.". Alaa, mama ni. Haha. Cantik kowd baju tu. Tapi kalau pikir balik, betul juga. Beli baju banyak2, nanti tak terpakai pula.

Amni pun tak sedar baju amni dah overbudget. Sampaikan ada sorang gendut ni perli amni "berapa juta semuanya? Kenapa banyak sangat. Bazir je". Elehh, gendut! Kamu tu lelaki, ape tau? Haaaaa? Haha lagi pun, semua tu tak disengajakan. Mama dah promote, takkan nak tolakkan? Kan tak baik tolak rezeki. Hehe.

Btw, betul ke hari ni last puasa? Biar betul esok raya? Hm, bukan raya hari isnin? Hehe. Tak kisah la. Yang penting hari ni makan kek sempena hari jadi Darwish. Happy Birthday, Darwish! Be a good boy, okay? Jangan nakal2. Ee nakal budak ni tau tak. Haha.

Tema tahun ni untuk family amni, purple dan merah. Hehe. So, esok pakai purple. Ehh baju kita sama tema dengan gugurl tau! Hahaha xD dah lah tu. Maleh tulis banyak. Aaa bibir berdarah. Lama tak pakai lipbalm yg ada aloe tu. Whaha gugurl, nak lipbalm! Hahaha ;D

Lastly,
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM. AMNI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA ATAUPUN TINGKAH LAKU YANG BUAT MANA2 PIHAK TERASA HATI. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

"salam lebaran and have a save journey ;)"


thanks reading , byeee

Monday, August 13

Beruntung la ;)

Hai, Encik Sombong ;)
Untungla, kan? Cey, dia nak raya dah. Dia dah taknak kawan kite dah. Dia taknak sembang dgn kite dah. Hehe.

Hm, takpe la. Kite ni memang layak dilayan mcm ni. Kite ni memang tak layak diingati. Hehe, bangganya! :')

//Saya taknak cakap dgn encik sombong dah. Sebab, saya dah mula takut dengan dia balik. Dia garang dan sangat garang. Encik sombong sangat sombong dan... Hmm takpe lah. Bye encik sombong yang garang :') rindu nak cerita dgn awak. Miss it so much! :'( //



thanks reading , byeee

Friday, August 10

Sejujurnya...

Nana..
Aku nak cakap smthng ni. Act, alasan takut g sek sbb chemi tu alasan kedua. Alasan pertama aku tak gtau sbb aku maleh nak ngabokan aku touchng ni haaa. Aku tak dtg sbb ni la. Aku taknak tgk muka sape2 hari ni. Nanti aku marah tak tentu pasal pulak. Hm. Tapi kalau dah melampau, hm kat blog je la aku tulis kan? Eee kalau boleh, aku nak org tu bce ape yang aku tulis ni :(

Hm, kite memang terasa dgn kamu. Tapi, kite takleh salahkan kamu. Nak kacau kamu pun, kite dah serba salah. Kamu kan ada peperangan besar and lg penting lepas ni. Cume... Hm takkan la kite nak bgtau kamu yg kite terasa dgn kamu kan? Lgpun, selalunya kalau kite terasa dgn kamu, mmg kite tak gtau kamu pun. Nanti kamu gelabah tak tentu pasal. Maaflah.

//amni, sabar amni. Sabar. Aaaaa, gendut la! Jangan la sedih, amni. Bengong betul kau ni. Benda kecik pun nak terasa. Eee bengongnye aku ni! C'mon c'mon c'mon! Wake up amni, wake up! Lepas ni kau takde tempat nak cerita benda remeh2 dah. Eee, belajar berdikari! :'( dia takkan selalu ada utk kau je! Haihh :'/


thanks reading , byeee

Saturday, August 4

16 tahun lalu...

15 Ramadhan 16 tahun lepas. Amni dilahirkan. Waa waa. Pejam celik pejam celik, dah besar panjang dah budak ni kan? Hehe
Syukur, Alhamdulillah ;)
Dulu, waktu kecik langoi2 je. Haha. Sekarang dah besar. Amboi, nakal budak ni. Haha. Jahat, dix dix, sombong, gatal, tu sume Amni. Kekeke. Ehhh, tapi Amni budak baik dan comel kan? Hahah.

Mama, ayah, terima kasih banyak2. Banyak korban segalanya utk besarkan Amni. Haha makan minum semua cukup. Kadang2 terlebih cukup, ma. Sebab tu la baju yg Amni beli, maksimum pakai sebulan je. Haha kecuali jersi. Kekeke.

Ya Allah, permudahkanlah urusan didunia dan diakhiratku. Panjangkan lah umurku. Berikanlah kesihatan yang baik untukku. Aku ingin berbakti pada mama dan ayah sebelum aku menemuimu. ♥
Ya Allah, jika ditakdirkan aku menghembuskan nafas terakhir sebelum orang2 yg aku sayang, kau peliharalah mereka drpd kejahatan.  ♥ :')

Andai kata Amni hembuskan nafas terakhir, sudi tak awak awak semua sedekah kan al-fatihah utk Amni dekat sana? :')

//Conan ada pesan, bila birthday waktu bulan yang baik ni, beribadat dan berdoa la. Tak payah nak celebrate bagai.
Hehe, baiklah. Awak pun, doa2 kan la saya ye ;3



thanks reading , byeee

Friday, August 3

Alahai, 3 bulan :\

Wuarggghhhh, die cakap tahniah yang tak tahan tuu. Eeeei, gedik la benda ngarut ni. Cis, tak payah la pegiiiiiii. 3 bulan weyyyy. Haha sedih ni, tau takkkkk?

Eeeee, dix dix. Kalau kamu baca post ni, ketahui lah kamu yang kamu ni dix dix sangat sangat tau tak. Kite tuntut segala benda yang kamu janji lepas balik sini tau. Aaaaaa, tak suke. Rasa mcm nak rembat kamu. Yeahhhh! Rasa macam nak tumbuk kamu. Dushh dushh! Rasa macam nak tembak kamu. Pengg pengg! Haha. 

Hey, duduk sana kena botak. Nanti kamu balik sini, kite dah tak kenal kamu. Kamu tunggu kamu ada rambut baru tegur kite tau. Haha, ehhhhh kalau ada janggut boleh masuk PLKN keeee? Kekekeke xD Ngekek ohh, hahaha. 

Aaaaaa tidakkkkk! Birthday kite bulan 2 lah, pakcik -.- Acano ni? Alohhh. Sbg denda, bila kamu dah balik, kite nak teddy bear sebesar kite okayyyy?  Hahaha. Lagi satu, kamu g sana kan kan kan. Nanti kite ade 'something' nak bg kat kamu. Muahahha, special woo. Jangan main2 dengan hadiah ni. Haha. 
Dah balik nanti kan, kamu jadi berani kan? Boleh dikatakan perwira lah kan? Err, nak muntah. Haha. Hah, nanti kamu ajar kite tau "seni pertahankan diri" kamu tuu -.- haha

Eeeeei, Amni tgh marah niiii. Jangan main2. Marah marah marah. Aaaaaaa.
Haha, Bye, dix dix. Bye, Conan yang sombong dan teramat sombong dialam semesta! Haha


thanks reading , byeee