Pages

Wednesday, November 30

semalam panas rupanya kipas rosak -,-'

semalam tidur punya lah panas. bila tengok rupa-rupanya kipas rosak. hari nih baru repair. hehe, sebelum nih tak perasan pula. *sebelum nih tidur mati, ahaha :D
oh, Naqibah kena keluar asrama kejap hari nih. dia kena ambil exam MRSM kat Taiping. pepagi lagi ada makcik cari dia dengan memanggil-manggil naqibah di DM : "Latifah siapa Latifah?!" ahaha, semua tgk. lawak lah reaksi naqibah time tuu. aku dgn Nurul gelak sepuasnya, ahaha. bila aku dah berhenti gelak, Nurul sambung balik. haihh, tak henti gelak jawabnya. Syasya pun join ! hehe
dalam kelas aku duduk sebelah syasya. sebelum nih naqibah sebelah syasya. hari nih aku pula duduk situ. waktu menghafal tetiba ternampak Encik Domo. lawa lah (: hehe, syasya pun terpegun seketika. phewitttt 
petang nanti ada kursus penyembelihan ayam. aku, syasya n naqibah ada pengalaman. so, macam tak hairan je aku tgk muke deme. muka orang lain semua excited, hehe mestilah kan. dulu waktu aku first time pun aku excited gila. hehe.
bye.

thanks reading , byeee

Tuesday, November 29

second-day (:

hari nih best weh. dapat kawan baru. ngee ~ dalam dorm aku ada 14 orang. okeyy aku akan kenalkan sorg-2 ye.
katil bawah :
 Jannah *peserta tahun lepas
 Amni *aku laaa :D
 Auni *bukan adik aku okey. tapi dia mengingatkan aku kat Ony
 'Aaliyah *darjah tiga, comel gilaa
 Fatihah *peserta tahun lepas
 Syasya *member baik nihhh
 Nurul *sepupu jarak jauh syasya
 Adilah * kakak auni

katil atas :
 Azwin *gaya dgn muka dia iras-2 Filzati (':
 Aisyah *pernah sekolah jati dulu
 Fatin *kawan SM KASAS Aisyah
 Amira *adik kak Ruru
 Nana *sepupu jarak jauh Syasya
 Syafiqah *kawan baru :D

so, nih lah kawan-2 baru aku untuk hari nih. bye (:

thanks reading , byeee

Monday, November 28

lesunya hari nih -.-'

fuhh hari nih memang letih. pagi tadi kena cepat. nak cepat kena ambil exam kat MRSM.  bangun lambat. main game sampai tengah malam punya pasal. hehe tapi nasib baik sempat sampai tepat pada masanya ! then kena beratur. waktu tengah beratur tuu ternampak pula sorang budak nih. menyerlah dgn jam hijau beg pink dia. sape ke lagi kalau bukan encik azizul. ahaha. tak sangka dia pun ambil dekat situ. cehh. tak lama lepas tuu kitorang semua kena pergi bilik komputer. time kat bilik komputer tuu diorang pecah pada dua kumpulan pula. aik, azizul pun ambil exam dalam bilik komputer yang sama. ahah, nasib nasib. aku ambil pc dekat belakang belakang sikit. exam dia start pukul 8.30.exam dia macam nih :
maths - satu jam lima belas minit 40 soalan
rehat 15 minit
science - satu jam 50 soalan
soalan peribadi - setengah jam 100 soalan
soalan keperibadian tuu senang kacang jea. haha, ecece cakap besar pula aku nih. sbb dia tanya pasal diri kita sendiri. so, tak hairan lah kalau aku jawab dalam masa 15 minit kannnnn? haha. sebelum balik, kena ambil slip dulu. so, tunggu punya tunggu sembang dulu jap dgn azizul. bila kitorang dah dapat slip, kitorang turun lah sekali. tapi, ayah aku sampai dulu. ahaha, sian azizul tunggu. kena balik lambat :P
eh, aku bukan balik rumah. sadesnya ! huhu, kena pergi billion jap beli makanan then kena terus pergi kem. letihnya. sampai kem terus masuk dorm.dorm sunyi weh. yang paling penting tahun nih dorm full. katil atas aku pun bertuan. yes ! sebelah aku? entah, cadar macam kenal. Filzati kah? minta minta lah filzati :'). sekarang nak tidur, penat dari tadi kelam kabut . byeeee, selamat tidur petang :*

thanks reading , byeee

Saturday, November 26

Dupp Dapp Dupp Dapp =\


takut wehhhh. pagi-pagi lagi aku dah pergi daftar kem tadi. haha, aku rasa aku paling semangat sebabnya aku orang pertama yang daftar. time tuu aku dengan family aku jea yang ada kat sana. hehe, sebenarnya tahun nih punya kem daftarnya petang, haha. tapi, dah alang-alang sampai kan, daftar lah terus. bestttt wooo. aku minta nak duduk dorm tahun lepas. bila masuk dorm jea, macam-macam aku ingat kenangan dengan Filzati, Sara, Zaty Kechik, Zaty Hamdan, Shahila, Zati Pokpek and ramai lagi lahh. heee, rindunya. tahun nih taktahu diorang ada ke tak. Zaty Kechik SPM confirm dia takada ):

so, bila dah masuk dorm tuu, aku pilihlah katil. aku ambil katil tahun lepas tahu! seronok! aku teringat-ingat kenangan sebelum nak tidur dengan Filzati. hehe, kitorang bercerita, bestttt. tahun nih aku dapat locker besar! hehe tak macam tahun lepas, dapat locker kecil. kalau nak locker besar pun, kena share. tahun nih aku taknak share dengan sape-sape. walaupun agak kejam, tapi aku taknak jadi macam tahun lepas. barang aku bersepah :( malu je, haha

so, petang nih aku dah takpayah pergi sana balik. nih nak pergi Lenggong nih. esok nak ambil UKKM. oh, takut lah. soalan susah. minta-minta lah aku okeyy esok. exam dijangka habis pukul 12.20. lepas ambil exam , ayah terus hantar pergi kem. ngeeee~ bermula lah pengembaraan AMNI. hehehe. 

Nana, aku nak cakap nih. kadang-kadang aku rasa macam nak dia ada. tapi, kadang-kadang aku rasa macam kalau dia ada, nanti semak. so, aku pun taktahu lah (:

p/s: tak sabar nak jumpa Syasya dengan Naqibah esok !
byebye.


♥ lovelysweetybubblybunny ♥

thanks reading , byeee

2 minggu tuu ada macam 2 tahun tak?


esok, eh silap tinggal berapa jam jea lagi nih hah. aku nak kena pergi daftar nama masuk kem. dua minggu. then, aku rasa facebook aku perlu di-deactive kan. so, aku buat lah status nak deactive. tak sangka pula ramai yang marah. waaaahhhh, aku terharu nih :') tapi, buat apa kalau aku tak deactive pd masa yang sama aku tak online jugaa. haaa, yang paling buat aku sades nye Arif dengan Nana. haha, taktahu lah kenapa. tapi, bila sembang dengan Arif, dia mula lah keluarkan ayat sades dia tuu. kalau nak tahu Arif yang mana, cari lah Arif yang aku selalu like semua status dia tuu. ahaha. Nana pula sekali hantar msg, bukkkkk panjang ohh. haha, dia pun cerita yang sedih-sedih. hmm, Arif tuu merajuk dengan aku ke? kalau ye, sorry tahu :')
Nana, thanks sangat-sangat. haha, bila cerita dgn hg memang hg akan backup dia daripada budak lain, motif? nak bagi aku ingat kat dia. aww, terharu sangat 

Kimah, sanggup cari orang ouh semata-mata tak kasi aku deactive, hehe comelnya bila Kimah buat macam tuu  
Tiera, marah oh bila aku buat status macam tuu. sweetnya, Tiera nak selalu K.I.T dengan aku katanya 
Iqa, sanggup ikut cakap Kimah and comment banyak-banyak 'amni amni amni' dalam status aku. dia cakap dia sayang aku. cutenya bila Iqa cakap macam tuu. Iqa, aku sayang hg juga 
Mai, nak cari orang juga sebab nak still contact dengan aku. happynya, ada orang nak contact dengan aku 

korang-korang semua, aku, Syasya dgn Qibah pergi dua minggu. korang kena rindu kat kitorang tahu, yang paling penting, doakan lah keselamatan kiotorang. bukan apa, kitorang banyak aktiviti luar dengar ceritanya. takut juga, lagi-lagi bila ada syasya, dia kan jarang main benda-benda lasak nih. korang happy-happy lah yea. tapi jangan happy sangat sampai lupa dunia. err, apa lagi eh. hah, sape-sape yang nak ambil exam MRSM tuu pula, good luck, do the best ! chaiyyok :D

lastly, aku nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa dengan siapa-siapa. minta maaf kalau ada terasa bagai. kalau panjang umur nanti, kita jumpa lah yea. kalau tak, sedekah-sedekah kan lah al-fatihah :'( aku taknak ada musuh, aku cuma nak berkawan dengan semua orang. aku tak pernah sombong pun. and aku pun tak faham dengan orang yang suka kata aku sombong nih. err, takpe lah. pandangan orang berbeza-beza. (:
sekali lagi, minta maaf yea (:

to ameera, hg ada marah dekat aku ke? sorry kalau aku ada buat salah dekat hg. aku pun taktahu kenapa hg macam marah dekat aku. takkan pasal azizul kot? minta maaf tahu. kita kawan, tak elok lah gaduh (:




p/s: dinner tadi best gila. thanks maktih, paktih, makde. danial and kika sekali. danial comel sangat xD ada yang handsome sebelah danial tadi tuu >.< hehe








♥ lovelysweetybubblybunny ♥

thanks reading , byeee

Thursday, November 24

Ketinggalan Bola )';


my conversation between my mother and i (:

me : mama, malam nih ada nak keluar tak?
my mother : ada.
me : pergi mana? pukul berapa? lama tak?
my mother : pergi Pasir Putih.
me : hah? jauh tuu. ala.
my mother : aii, ngape nye?
me : hmm, takde ape lah. ma, hari nih ada bola lah. Malaysia - Syria. tak nak ikut boleh?
my mother : aik, sejak bila kamu pandai tengok bola nih? -.-'
me : hm, entah (':

waaaa, tak dapat tengok bola semalam. tapi aku rasa macam tak rugi juga aku ikut mak aku semalam. sebab Malaysia tak menang pun, hehe. 
p/s: aku pun taktahu kenapa. tapi belakangan nih post aku banyak pasal bola -..-


♥ lovelysweetybubblybunny ♥

thanks reading , byeee

Wednesday, November 23

Wordless Wednesday





heyy, hari nih merupakan hari wordless wednesday (:
apa yang patut buat, ialah masukkan gambar tanpa letak apa-apa caption pasal gambar tuu.
okay, gambar kat atas nih memang besar maknanya bagi aku. agaknya apalah yang aku maksudkan, hehe.


♥ lovelysweetybubblybunny ♥



thanks reading , byeee

Tuesday, November 22

hitam kuning hitam kuning, go tiger go tiger ♥

jyeaahhhh, first time tahu aku tengok bola ! aku rasa aku paling semangat dalam family aku. aku tengok ayah aku pun relax jee. haha, maluu >.< aku kecut gila tengok Malaysia lawan Indon. main kasar oh. orang tanduk bola, dia tanduk pemain Malaysia -.- tak reti main kah anda? lagu negaraku lansung diaorang tak hormat. ish ish. tidak sepatutnya jadi begitu. bila aku tengok Harimau Muda main dan menang, aku nak beli JERSI HARIMAU MALAYA  ! mahu mahu mahu jugaaaaa. aku dah gila bola kah? haha.
sebagai peminat setia Harimau Muda, and nak berterima kasih kepada KFCM sebab dah selamat kan tiang gol tuu, aku dan rakan kelas aku iaitu --> Iqa, Kimah, Ecah, Alia, Maiyy, Tiera, Puput, and Naqibah dah bersetuju untuk boria satu kelas tukar DP FaceBook kitorang. gambar KFCM . haha, gambar tuu macam nih 


haha, mula-mula diorang ajak, aku taknak. sebabnya malu. tengok lah KFCM tuu, seksa gambarnya bak kata Nana. aku geram betul dengan Nana. haha, dia sorang jea yang tak tukar DP seksa tuu. anyway memang seksa pun. nak comment atau chat, aku rasa macam syiokk sendiri. dah rupa sembang sorang-sorang. huahuahua. seksa lah kena tunggu sampai jumaat. then aku nak jadi orang pertama yang tukar DP KFCM kepada gambar aku. haha, tak sabar nyaaaaa. yang aku peliknya, kenapa diorang pilih KFCM? kenapa tak pilih Asra ke, Fadli ke, Muslimke, Baddrol ke atau sape-sape jea lah yang handsome. 
kenapa harus KFCM ? -..- haha


apa pun, sokong Harimau Muda. Go Tiger, mengaum lagi okeyyyy. esok lawan Syria (:




♥ lovelysweetybubblybunny ♥

thanks reading , byeee

Monday, November 21

Say hello to BOLA and HARIMAU MUDA

hari nih nak cerita sikit. aku excited gila nak tengok bola malam nih. haha, aku tak pernah tengok bola selama nih. and selama nih juga lah setiap kali kawan aku bercerita pasal bola, mesti aku tanya : apa bestnya? tengok ramai-ramai kejar satu bola -..- hahaha, jahatnya aku. aku paling tak suka bola. tapiiiii, hehehe malam kelmarin waktu makan dekat kedai makan, aku tertengok bola. elok pula time tuu Malaysia-Indonesia. tiba-tiba kan aku pula rasa geram bila tengok Indon main dengan ganasnya. dia sepak kepala pemain Malaysia. aiyooo, sakit ohh. then, bila tahu malam nih ada Malaysia jumpa Indon balik, aku orang paling semangat. hahaha :D
tunggu post seterusnya pasal BOLA (:


♥ lovelysweetybubblybunny ♥

thanks reading , byeee

Friday, November 18

Last Day ♥

hari nih nak bercerita pasal last day sekolah. hmm, sedih tahu. sangat sedih. ye lah, kalau boleh nak jumpa semua  kawan-kawan. tapi tengok-tengok tak datang juga. uwaaa D': dah lah seminggu tak datang berturut-turut !
petang tuu kitorang ada jamuan kelas. seeeee, ada juga yang tak datang. hmm, aku, Iqa, Kimah, Rosma naik dengan ama. kitorang datang lambat gila. yang lain dah sampai dah, tinggal tunggu kitorang jea (: then, bila sampai, hujan. haha. so, jamuan kami dalam hujan lah. ingat kan kitorang datang paling last. tiba-tiba nampak kereta puput. kitorang dah habis makan, hujan pulak lebat gila. haha, puput duduk jea lerr dalam kereta sekejap.
habis makan-makan, apa lagi? snap lahhhh :D 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 sebelum makan, baca doa (:
 Alia and Adrin
 tengok kasih sayang kakak kat adik, haha
Ecah with her sister 
 me and Nana. hujan sejuk weh
 3RK's girls :D
 Alia Woo and Amni Bunny , ehehe
 haha, suka min hujan diorang nih. payung puput juga dilibasnya
 me and Amalina. gambar nih tak gorgeous, dalam camera Nana punya cantik,, haha
 Umi memang suka masuk tiba-tiba
 tengok nih, penat aku nak ajak bergambar dengan budak hot yang sorang nih. haha
 best friend Atiqah, Amalina
 ceyyy, tengok tuu Syasya dengan Amalina. cunn ohhh
 orang lain main hujan. diorang nih suka buat benda bukan-bukan lah. redah lumpur --'
 Faris Iskandar and Fariz Aiman
 Amalina macam tak ikhlas nak bg kat Emi, haha
 gaya macam nak bagi tanah seekar, haha
 Nana ambil hadiahhhh 
 Rosma main bola dengan Emi. haha
 tengok perut Emi tuu. sarat dengan makanan. hahaha
 Ama buat gaya macam tugu negara. kacau jea aku nak bergambar dgn Iqa (:
 tu diaaaa, boys 3 RK yang ada. 3orang tak dapat hadir --> Harheez, Syameer, Mursyid
 nih kasih sayang bunny kat sleeping beauty. manaada buli ><
 puput buat don't know jeee ! die taktahu ke aku sayang dia? haha
 Awesomeee, Gorgeoussss, Hottt 
 comelnyaaaa 
 aku suka yang nih. BestFriendForever 
 lastnya, aku dengan Ama pun join diorang redah padang nih. haha
 sorry, agak kabur +.+
 aku rasa menyesal -.- haha
 Pijoi, Faris, Emi :D
lastlyyy, sebelum balik. dalam van Amalina.


Jamuan tuu best gila. buat kat Ipoh Padang. walaupun simple, tapi sempoi and enjoy :D 
aku rindu korang :') jumpa balik 28/12 nanti waktu ambil result :')

iloveyouall, muahhhh :'*


♥ lovelysweetybubblybunny ♥

thanks reading , byeee

Saturday, November 12

The Best Journey Ever ♥


haha, sejak dua menjak nih malas nak update blog. kecuali kalau ada cerita best. tapi, update mesti dua tiga hari lepas benda best tu jadi, baru nak tulis dalam blog. haha, malas gila :D
so, disebabkan hari nih pun malas nak taip, korang tengok gambar jea lah (:
trip kitorg enjoy gila ! pergi Penang. destinasi di Penang ialah USM, Bukit Bendera and Penang Street. Padang Kota dengan Persiaran Gurney tak jadi nak pergi lah sebab kesuntukan masa. kitorang bukannya tidur kat sana pun. peri balik hari jea.Hope korang enjoy tengok gambar-gambar nih  ♥ 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


gambar pertama disnap - 7.05 pagi (:


woot woot, tengok tuu semangatnya Ummie, Puput dengan Kimah

ngee ~
see ! Nab dengan Ain malu, mwuahaha :D
tengok, Daten's Hanis berposing.
Arif pagi-pagi lagi dah sumbat telinga dengan MP3 dia. n_n'
haha, Hasif buat muka blurr. lawak ahh. lepas tuu, cuba tengok budak sebelah Hasif tuu *Azizul* msg dengan sape entah pagi-pagi buta +.+
gosip-gosip ^^,
see see, dia bertukar-tukar tempat tapi still msg. siap peluk Aliff lagi tuu. Pijoi pun sama, msg ! Pijoi aku rasa aku tahu dia msg sape :D
tak tahu lah diaorang nih malu atau segan -..-
hah, nih seronok mengate orang lah nih. suka sangat *.*
eeii, geram tengok gambar nih. tahu tak diaorang saje tidur, padahal dah nak sampai r & r dah. diaorang main lawan-lawan sape tidur dulu. haha
pisss sikit. mula-mula masuk galeri (:

gambar dengan arca. nampak tak? arca warna hitam kat belakang tuu? dia macam serabut sikit, sebabbuat drpd lidi *kot*
ukiran kayu tuu nampak lebih awesome bila diaorang snap kat situ, hehe
fuyooooo, anak sape nih. comelnyaaaa, yang pakai jam hijau dengan pakai spec tuu jea okayy (; ♥ 
muka excited dapat main gamelan. yang belakang tuu lagilah excitednya kannnnn :D
Bukit Bendera :3
mula lah aku rasa macam aku nih nak pergi main bola. mana tak nya, orang pergi berjalan pakai baju elok. aku pakai jersi, hehe ♥ 
alolooo, sebiji macam kanak-kanak ribena kan?
yeahhhh, kitorang dekat puncak nih .
phewww ~ best duduk dekat atas benda tuu ♥ 
seronok, tangkap gambar dengan cikgu Rodzelan. handsome wooo, haha ♥ 
haha, best best ~
cikgu Noriza :D ♥ 
haha, gambar nih dikatakan gambar paling hot tahu. sebab? tengok lerr Arif tuu. Aliff pun satu, muka rela jea. mwuahaha
tengok foreigner kat belakang tuu handsome kan? dia bawa isteri dia. cantikkk, suka tengok mata isteri dia. Fadli, khusyuk betul tengok dia sembang. time nih foreigner nih tengah sembang ngan Abg Mie *Cikgu Azmi* hehe
taraaa, see kitaorang snap dengan mereka. woot woot, seronok. sorry, dalam camera aku tak ada gambar yang semua ada tuu. dalam camera Nana jea ada.  ♥ 
Amalina :D thanks Ummie (: ♥ 
dalam bas, ontheway ke penang street (:
semua muka happy :D
hee, topi pantai. comel kan topi tuu. tengok ika ! dia buat muka kena panas, haha ♥ 


gambar lastttttt, time nih pukul 10 lebih. sebenarnya gelap gila dalam bas nih. ♥  cuma flash yang membuatkan gambar nih terang. time nih semua berkumpul kat tengah bas. cerita hantu lah hape lah. dah lah bulan tengah mengambang time tuu. naik bulu roma. 

that's all ceritanya. sebenarnya gambar sangat banyak. haha, tapi gambar dekat muzium aku tak snap satu pun sebab nak save bateri untuk ke bukit bendera. Camera Senah dengan Puput adalah. tapi, camera diaorang blackout tengah jalan haha bateri habis. kalau nak tengok gambar banyak-banyak lagi, tengok dalam FB aku, Nana, and Puput. yeahhh tak larat nak tulis. byeeee.


♥ lovelysweetybubblybunny ♥

thanks reading , byeee